Kepada sesiapa yang mencari rezeki dan kekayaan…

 

TERBUKTI

“Bagaimana Menarik Rezeki & Kekayaan Dengan Hanya Memprogramkan Minda Anda

Dengan Kaedah Hipnosis…”


      

Ini adalah kaedah paling mudah yang harus anda ketahui. Ia juga merupakan turbocharge’ dalam menarik rezeki dan kekayaan!

 

Daripada : Ir. Ezwan

                  
 

Sahabat yang dihormati sekalian,

 

Adakah anda rasa hairan mengapa orang kaya dan berjaya mendapat banyak peluang sedangkan anda bekerja keras, terpaksa bayar bil dan masih tidak berjaya walaupun telah mencuba?

Barangkali anda pernah berfikir bahawa rezeki dan kekayaan hanya untuk orang tertentu sahaja. Mungkin anda pernah berkata begini… “Mungkin itu rezeki dia…” atau "dah takdir..."

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya mahu anda berada di tempat yang betul kerana saya tidak mahu membuang masa anda.

Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda di sini adalah RAHSIA yang anda mungkin belum tahu tentang menarik rezeki dan kekayaan.

Ia amatlah mudah.

Dengan itu, jika itulah yang anda mahukan dan itulah yang memberi anda kehidupan yang diimpikan, maka perhatikan betul-betul tentang rahsia ini kerana ia membuka jalan ke arah kesenangan dan kekayaan.

Rahsia ini bukan hanya teori semata-mata atau mitos. Ia telah diuji dan terbukti yang akan menghasilkan apa yang anda bayangkan.

Anda mungkin seperti berikut sebelum ini…

               Gagal dan gagal lagi dalam setiap percubaan mendapatkan wang dalam kehidupan anda.

                 Kehilangan wang setiap kali anda cuba untuk mencari wang tambahan.     

                Ada banyak hutang yang susah nak bayar.        

                Tidak melakukan sesuatu terhadap peluang yang ada sehingga kini.

         Dan anda boleh mengubah situasi di atas dengan mengetahui rahsia ini…

 


Rahsia No.1

Ia dipanggil sebagai memori selular. Ia adalah memori yang berada di sel di dalam badan.

Setiap sel dalam badan kita sebenarnya mempunyai memori tersendiri.

Memori ini menyimpan maklumat berkaitan dengan pengalaman masa lalu yang mana boleh jadi positif atau negatif.

 

Sebab Mengapa Anda Masih Tersangkut dan Tidak Boleh Pergi Jauh

Masalahnya ialah jika sel memutuskan untuk menyimpan memori daripada pengalaman negatif, ia akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini yang biasanya menjadi halangan.

Ini adalah sebab mengapa anda masih tersangkut. Jika anda tidak boleh mendapatkan wang lebih (tidak kira berapa susah dan banyak anda berusaha), ia adalah kerana memori anda telah membentuk halangan dalam minda bawah sedar yang menghalang anda untuk menarik rezeki dan kekayaan.

Apabila ia berlaku, hasilnya adalah perasaan negatif yang mengakibatkan kegagalan.

Adakah ini yang anda alami ketika mencari peluang dan kekayaan?

Adakah anda mula berfikir “mungkin ini adalah takdir…” sedangkan anda boleh mengubah situasi hidup anda menjadi lebih baik?

Baiklah…berita baik adalah anda BOLEH mendapatkan wang yang banyak…Dengan izinNya. Dan bukan menyalahkan takdir.

Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk format semula memori dalam minda bawah sedar anda, jadi tiada halangan bagi anda untuk menarik wang dan kekayaan.

Apabila ini berlaku, jalan untuk menarik impian anda akan terbuka luas.

Jadi, persoalannya adalah “Bagaimana nak format semula memori di minda bawah sedar?

Jawapannya mudah sahaja tetapi boleh jadi sangat sukar jika anda tidak tahu formula yang tepat.

 

Rahsia No.2

Rahsia kedua ini adalah untuk format semula memori selular dalam minda bawah sedar anda.

Untuk memulakannya, anda mesti tahu apakah dia memori. Memori adalah maklumat daripada pengalaman masa lalu yang disimpan. Apabila anda menghadapi halangan dalam kehidupan anda yang berkaitan dengan wang, memori selular dalam minda bawah sedar anda akan mendapatkan data daripada situasi negatif pada masa lalu.

Barangkali pada suatu ketika dahulu ada situasi yang telah diserap dalam minda anda seperti “anda tidak boleh jadi kaya” atau “anda miskin” atau “wang adalah sumber kejahatan”…dan lain-lain lagi.

Mungkin ada banyak lagi situasi yang anda hadapi sebelum ini dan telah direkod oleh memori dalam minda anda yang menghalang anda untuk menarik wang dan kekayaan.

 

Perkara Ini Mengejutkan Anda

Selalunya ramai orang tidak ingat akan situasi negatif yang datang semula untuk menghantui hidup mereka.

Pada dasarnya, anda perlu ingat bahawa semua ini berlaku pada tahap tidak sedar. Minda bawah sedar tidak boleh berfikir atau membuat keputusan. Ia hanya boleh berhubung dengan persekitaran dan ia bertindak dengan cara tertentu. Yang hairannya adalah pada kebanyakan orang, minda bawah sedar yang mengawal keputusan mereka. Ini bermakna ia berlaku pada tahap tidak sedar. Jika anda mempunyai pengalaman negatif tentang wang pada masa lalu, maka minda bawah sedar anda akan menjauhkan diri anda daripada wang.

Katakanlah anda tahu tentang apa yang berlaku. Mungkin anda masih ingat tentang situasi negatif atau kini anda sedar tentangnya kerana saya telah membuatkan anda berfikir tentangnya.

Ini bukan bermakna masalah yang dapat diatasi. Sebenarnya, timbul pula satu masalah baru iaitu anda perlu memprogram semula minda anda supaya dapat membuang perkara negatif itu.

Dan ini boleh jadi sukar. Selalunya orang lari daripada masalah ini. Ini adalah mengapa kita melihat ramai orang mencuba untuk memanfaatkan Hukum Tarikan, tetapi masih gagal. Mereka mengetahui maklumat itu tetapi mereka tidak tahu akan formula yang membuatkan maklumat itu terlaksana.

Baiklah, saya bersedia berkongsi formula itu dengan anda sekarang.

 

Rahsia No.3

Rahsia ini adalah yang terpenting kerana ia adalah cara berkesan di mana anda boleh berhubung ke dalam minda bawah sedar dan format semula memori selular. Jadi, anda tidak lagi mempunyai halangan secara tidak sedar yang menghalang anda daripada menarik kekayaan.

Kaedah itu dikenali sebagai HIPNOSIS dan ia telah lama berada di dunia ni sejak beribu tahun dahulu. Ia adalah kaedah yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan minda bawah sedar.

Melalui hipnosis, ia akan membawa anda mencapai tahap minda alpha di mana minda menjadi tenang dan terbuka untuk menerima saranan. Pada tahap alpha ini juga, minda bawah sedar boleh diformat atau diprogram semula.

 

Ada Satu Lagi Yang Perlu Diketahui

Apabila anda telah format semula minda bawah sedar anda, maka anda telah mengaktifkan daya tarikan luar biasa yang dikenali sebagai Tarikan Rezeki. Apabila ia diaktifkan, semuanya akan berubah.

Bukan sahaja anda boleh mula menarik rezeki, tetapi ia berlaku dengan mudah dan anda boleh mula menarik segala benda yang berkaitan dengan rezeki seperti peluang dan perhubungan dalam perniagaan.

Perkara terbaik tentang rahsia ini adalah semua orang TERMASUK ANDA boleh mengaktifkannya dan mula melihat keberkesanannya.

 

Siapakah Saya?

Saya, Ir. Ezwan adalah seorang usahawan dan merupakan Law of Attraction (LOA) Advance Practitioner daripada Global Science Foundation, USA. Saya juga adalah merupakan penulis ebook ‘Rahsia Menarik Kekayaan & Kejayaan Melalui Hukum Tarikan’ di laman RahsiaTarikan.com.

Saya berminat mengkaji teknik dan rahsia kejayaan yang ada sehinggalah saya menemui teknik hipnosis ini yang amat berkesan bukan sahaja untuk diri saya, malah kepada semua orang. Hipnosis ini juga merupakan ‘turbocharge’ kepada teknik Hukum Tarikan.

Hipnosis ini adalah rahsia saya mendapat pendapatan perniagaan melebihi 7 angka dalam tahun pertama walaupun baru mula berjinak-jinak dalam perniagaan. Syukur Alhamdulillah... Kini, saya bersedia untuk berkongsi rahsia ini kepada anda semua.

ir.ezwan profile 

ir.ezwan

 

 

Ini Adalah Apa Yang Menarik

Mereka mungkin tidak sedar yang rahsia ini telah aktif dalam badan mereka setelah menggunakannya.

Rezeki datang kepada anda dengan mudah kepada mereka di mana mereka percaya ia adalah sebahagian daripada hidup mereka.

Jadi sekarang adalah masa untuk anda menjadikannya sebahagian daripada hidup anda…

 

Memperkenalkan – Hipnosis Tarikan Rezeki

 (Dalam format .mp3, versi download sahaja)



Klik sini untuk tempahan:


Ia adalah dalam bentuk audio yang mudah digunakan (boleh disimpan di komputer, telefon bimbit, mp3 player, I-pod, I-Phone, I-pad dan sebagainya) dan ia memberikan anda kelebihan berikut:

       Ia akan melengkapkan hidup anda dan mengubah hidup anda daripada seorang
              yang bersusah-payah  untuk mendapatkan rezeki kepada seorang yang menariknya
              secara automatik
.

         Ia mengaktifkan anda sebagai Elemen Penarik Rezeki.

        Ia akan menyediakan anda ‘blueprint’ minda wang yang anda tidak ada selama ini.

         Ia dapat membuang kepercayaan lama anda tentang rezeki dan kekayaan.
              Halangan anda terhadap rezeki akan dibuang dan mengakibatkan rezeki datang kepada anda.

        Ia dapat menghilangkan keraguan dalam diri anda tentang rezeki dan kekayaan.

       Rezeki datang tiba-tiba tanpa disangka, dengan izin-Nya.

              Menjadi lebih positif dalam segala aspek kehidupan.

         Hidup menjadi lebih tenang dan relax.

(Nota: Perlu diingatkan bahawa semua di atas berlaku dengan izin-Nya.)


 

Sekarang tanyalah diri anda, berapa pelaburan yang anda rasa untuk format semula minda anda?

Selama ini, sistem ini boleh memberi anda apa yang anda perlukan dan tidak perlu risau tentang wang lagi.

Ini bermakna anda boleh:

             Melancong  

            Membeli apa sahaja yang anda inginkan  

             Belanja keluarga dan rakan-rakan

             Mulakan perniagaan

             Ada banyak masa untuk diri sendiri

            Dan banyak lagi…

 


Tak percaya? Masih ragu-ragu? Sila lihat testimoni berikut:


Setelah projek penulisan buku Law of Universal ATTRACT!on (LUA)
selesai, kini saya ingin fokus sesuatu yang sedikit berbeza,
iaitu Teknis menarik Kejayaan dengan HIPNOSIS.

Hipnosis adalah antara kaedah yang paling MUDAH dan BERKESAN
dalam memprogramkan minda kita dalam menarik kejayaan dan
kebahagiaan.
Ia hanya memerlukan kita mendengar audio
sebelum tidur.


Hanya setelah 3 hari saya menggunakan audio RahsiaHipnosis.com,
saya dapat rasakan perubahan yang LUAr biasa.  Saya lebih tenang,
mudah fokus, lebih bertenaga dan mudah bangun tidur.

Yang paling saya suka, ia membantu saya menjaga solat Subuh
berjemaah
dan bangun awal untuk solat malam!
 
Benarlah "sharing is caring". Terima kepada Tuan Ir Ezwan yang
telah memperkenalkan saya dengan teknikberkesan ini. 
Terima kasih Allah,alhamdulillah!

 
Zuhairi Mohd. Nopiah
www.zuhairinopiah.com
Penulis buku "Law of Universal ATTRACT!on: Magnet Kebahagiaan"
Master Trainer ATTRACT!ve Learning & Consultancy




Otak merupakan satu organ yang kompleks dalam tubuh manusia.
Mengikut kajian Pakar terdahulu, kita hanya menggunakan hanya
sehingga 20% kapasiti otak pada satu-satu masa.
Ir. Ezwan menggunakan pendekatan HIPNOSIS untuk meningkatkan
penggunaan minda bawah sedar yang sebahagian besarnya masih
menjadi misteri dan belum jelas sehingga hari ini.

Sebelum anda menggunakannya saya cadangkan anda mengetahui
dahulu apakah maksud HIPNOSIS.  HIPNOSIS adalah satu Teknik
peralihan minda daripada sedar ke bawah sedar yang mana ia
menggunakan otak dan kesemua deria pada tubuh untuk
mencadangkan sesuatu yang diinginkan secara extreem.
Ia juga pada masa yang sama menenangkan minda dan
meningkatkan daya imaginasi apa yang anda mahukan.

 
 HIPNOSIS adalah satu keadaan minda yang mana ia diakibatkan
oleh satu Prosedur yang dipanggil Teknik Pengakibatan Hipnosis
(Hypnotic Induction Technique) yang biasanya terdiri daripada
gabungan panjang pengarahan dan pencadangan kepada orang
yang di HIPNOSIS. Cadangan HIPNOSIS mungkin dilakukan oleh
pengHIPNOSIS atau dicadangkan sendiri oleh orang yang mahu
masuk ke tahap minda bawah sedar ini secara sedar.....
hhhhmmmmmm......saya pasti anda faham maksud saya.

 

Pengalaman saya menggunakan TEKNIK HIPNOSIS Ir. Ezwan
 ini secara tetap setiap malam (kadang-kadang sehingga saya
tertidur mendengarnya.....:) ),  peningkatan kualiti hidup
akan berlaku secara berperingkat tanpa disedari.
Kalau saya ceritakan disini anda mungkin kurang percaya
apa yang saya telah lalui dan amat panjang sekali penjelasannya.
Saya cadangkan anda cuba dan alamilah sendiri.
Kuncinya adalah YAKIN dan berfikiran POSITIF.


Anda sememangnya merupakan sebahagian daripada
Cahaya keberkatan Tuhan yang anda sendiri tidak sedari.
Pada masa yang sama amalkan teknik yang telah diterapkan
oleh Ir. Ezwan dalam e-bukunya "Rahsia Menarik Kekayaan dan
 Kejayaan Melalui Hukum Tarikan". FOKUSKAN pada apa yang
anda inginkan dalam hidup dan sentiasa berSYUKUR pada
 Tuhan semesta alam. Anda adalah apa yang anda fikirkan
dalam sedar atau tidak.

 

Mohd Hafiezam Abd Amri
Pendidik Kewangan / Usahawan/ Jurutera Petroleum
hafiezam@gmail.com
http://globalinspectorsnetwork.ning.com





Selepas hanya sekali mendengar hipnosis ini, perasaan saya lebih
rileks, fokus dan tenang. Saranan dan muzik latar amat bersesuaian
dan memberi ketenangan kepada pendengarnya. Tempoh hipnosis
yang tidak memakan masa yang lama menambahkan minat untuk
saya amalkan mendengarnya. Penggunaan bahasa dan arahan-arahan
yang diberikan di dalam hipnosis ini mudah untuk difahami dan diikuti
 oleh pelbagai golongan. Disarankan kepada sesiapa sahaja yang
mahukan 'recharge' segera dan RILEKS!

Tambahan, kebetulan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka
semalam dan hari ini. Alhamdulillah... Dan baru saja dapat call,
InsyaAllah satu lagi rezeki vacation terbaik untuk pergi hujung
minggu ni di Palm Tree Hotel di Sepang...ala2 Dubai.

Wan Izma
w_izma@yahoo.com





Kesannya sangat luar biasa. Hidup lebih tenang.
Yang bagusnya secara tiba-tiba kawan ajak jadi partner
dalam perniagaannya, saya dapat share 20% dalam syarikat.
Alhamdulillah...Terima kasih Ir.Ezwan.

Mohd Zakir Hj. Jaudin
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1505073102




Saya sebelum ni serabut sikit...rasa duit tak pernah cukup...
saya selalu tak puas hati tentang gaji saya...rasa nak marah...
rasa bosan bila memikirkan masalah duit yang tak pernah selesai...
pening...tekanan...benci dengan orang kaya...huhuhu...terukkan...

Sekarang hidup makin teratur...banyak bersyukur...tetiba rasa
makin banyak duit...sekarang saya boleh pi tempat yang saya suka.
Seronokkan...Boleh bagi mak dengan ayah...Tetiba ada duit...magik!

Rezeki makin bertambah...selalu dapat berita baik...rasa makin
kurang masalah mai kat saya... Hari2 saya bangun dengan happy!
Saya dah dapat goal saya...sekarang sedang bergerak ke situ...
Saya dalam proses naik gaji...bestnya!


Sayani Khorim

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000606536960



Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada
saudara Ir Ezwan kerana memperkenalkan rahsia hipnosis
kepada saya. Hanya dalam masa tak sampai 2 minggu saya
menerima berita yang sangat menggembirakan saya.
Setiap hari saya semakin yakin menjalankan pekerjaan saya
sebagai perunding unit amanah. Dalam tak sedar, setiap hari
ada rezeki yang datang dalam hidup saya.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Ir Ezwan.

Vie Syaryanie
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000771316301





Ini Adalah Kebenarannya

 

Kebenarannya adalah tiada apa akan berlaku jika anda tidak bertindak. Kunci kebebasan bermula apabila anda membuka pintunya!

Jadi, langkah pertama adalah dengan mengambil tindakan dan saya ingin memudahkan hidup anda. Saya pasti yang Audio Hipnosis akan mengubah hidup anda dengan pantas dan mendapat hasil yang banyak melebihi berganda-ganda daripada harga audio ini.

Pada awalnya, harga audio hipnosis ini diletakkan agak tinggi dengan mengambil kira banyak faktor terlibat semasa rakaman dibuat.

Namun begitu, saya menawarkan harga PENGENALAN istimewa untuk beberapa hari sahaja ...

RM 150

RM 120

RM 70 sahaja

 



Cuma RM 2.00 sehari; selepas 30 hari, bermula transformasi di mana anda akan menarik wang dengan mudah.

Saya sangat positif, pasti dan yakin bahawa audio ini akan mengubah kehidupan anda yang mana anda berhak mencuba tanpa risiko sebelum anda putuskan untuk menyimpannya.

 

Miliki sekarang untuk mendapatkan BONUS khas sebagai Penghargaan...

Bonus yang dimaksudkan ialah AUDIO SUBLIMINAL...


(Dalam format .mp3, versi download sahaja)


Apakah dia Subliminal ini?

Subliminal adalah alat yang membantu seseorang memperbaiki diri secara tidak sedar dan tidak memerlukan perhatian serta arahan untuk diikuti. Mesej yang disampaikan dalam subliminal tidak dapat didengari secara kasar, tetapi ia sampai terus kepada minda bawah sedar dan membuang halangan dalam hidup anda. Ia amat berkesan! Anda juga akan mencapai ketenangan yang maksimum setelah mendengarnya.


Lagi Testimoni Hipnosis:


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Atas kurniaan-Nya pada hari ini dan
untuk segala-galanya. Hampir genap sebulan sejak aku mengamalkan apa yang
dibongkar dalam ebook Rahsia Hukum Tarikan dan mendengar Audio Hipnosis
tiap kali sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
Dahulunya aku seorang loser. Sering memandang rendah pada diri, sering
berfikiran negatif yang membuatkan aku menangguh2kan kejayaan aku.
Aku hanyalah seorang loser yang hanya berangan-angan tanpa usaha.
Apabila orang lain berjaya, aku hanya mampu mengatakan,
"orang kaya semakin kaya"...
Namun aku sendiri tak memulakan tindakan untuk mengubah hidup aku.
Almost 3 years gak aku hidup begitu. Sering mengeluh bila takde duit tetapi
taknak berubah, mencari solusi pada persoalan itu. Aku lebih banyak berangan
berbanding berusaha. Duit banyak keluar tetapi tiada yang masuk sebab
semuanya aku hanya mengharapkan duit ibu dan ayah apetah lagi simpanan.
Tengok baki akaun bank pun tak semangat melainkan hanya hembusan
keluhan yang terluah.

Namun sekarang segala-galanya berubah setelah aku membeli ebook
Rahsia Hukum Tarikan. Aku membeli ebook itu sebelum aku beli Audio
Hipnosis. Hasilnya....kejayaan demi kejayaan, rezeki bertambah-tambah.

1. Item pertama dan kedua bisnes ebay aku terjual dengan bids sasaran.
2. Mendapat keuntungan berkali ganda sehingga mendapat RM500 untuk
percubaan pertama berniaga di Ebay.
3. Ditawarkan menjadi Admin Ustazah Pilihan Firuz Akhtar Fan Club
4. Dapat 'Friends' dengan srikandi inspirasiku dan menarik orang-orang
berjaya ke dalam hidup aku.
5. Ditawarkan menjadi photographer dan videographer untuk pre-wedding
dan charity event.
6. Sampel artikel english aku mendapat kelulusan daripada Productive Muslim
untuk menulis artikel english pada mereka random time.
7. Rezeki bisnes ebay semakin murah.
8. Dapat jumpa cikgu Heliza Helmi setelah lama saya berhajat nak jumpa dia.

Rasanya cukup dengan kejayaan yang aku list out di atas untuk testimonial
ebook Rahsia Hukum Tarikan dan mendengar Audio Hipnosis. Yang lain,
biarlah menjadi rahsia aku dan Allah. :)

Insyirah

http://sinar-insyirah.blogspot.com/2012/03/
testimonial-ebook-rahsia-tarikan-audio.html



Assalamualaikum...saya nak share pengalaman saya mengenai hipnosis ni.
Dulu saya mengalami tekanan hidup yang agak teruk, boring dan serba tak
kena. Saya mula amalkan mendengar hipnosis pada 21 Jan 2012.
Alhamdulillah... banyak perubahan yang saya alami. Terasa lebih yakin
setiap kali bangun tidur dan dapat menjalankan aktiviti dengan lebih teratur.
Peluang untuk menjana pasif income pun semakin bertambah. Banyak
perubahan positif yang saya alami. Hadapi cabaran dengan lebih relax
dan positif berbanding dulu- cabaran saya hadapi dengan tekanan.
Tapi sekarang cabaran saya hadapi dengan ilmu yang saya pelajari dari
MENTOR. Terima kasih saya ucapkan.

Jarina Samin

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001265943877


















Adakah anda ingin sertai orang yang menarik wang dengan mudah?

Adakah anda akhirnya mengambil langkah ini untuk menghasilkan kehidupan yang anda inginkan?

Masa anda adalah SEKARANG.

Peluang anda adalah SEKARANG.

Apakah yang anda akan lakukan?

Adakah anda tidak peduli dan terus bersusah-payah dengan wang?

Adakah anda fikir tentangnya dan membazirkan masa anda?

Adakah anda mengambil waktu ini dan menggunakannya untuk mengubah kehidupan kewangan anda selamanya?

Anda TAHU pilihan yang terbaik adalah BERTINDAK SEKARANG dan biarkan kebebasan yang anda impikan!

 

 

Jumpa anda di puncak kejayaan!

Salam sukses,


Ir. Ezwan

Usahawan

Email : rahsiahipnosis@gmail.com

FB : http://www.facebook.com/ir.ezwanpage

 

P.S – Teknik ini amat berkesan dan inilah teknik yang saya gunakan selama ini dalam mencapai keinginan saya, terutamanya dalam kebebasan kewangan. Tempah Sekarang…

P.P.S – Ingat, anda akan rugi jika peluang ini tiada lagi pada masa akan datang. Jangan tunggu lagi… Tempah Di Sini. 

P.P.P.S – Nanti dulu! Jika anda rasa kurang keyakinan diri, ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kepada anda. Ketahui bagaimana anda dapat meningkatkan keyakinan diri 110%

Sila klik sini - http://rahsiahipnosis.com/yakin

 

 PENTING! Sebelum anda tutup...

Dapatkan newsletter/tip-tip motivasi setelah mendaftar di bawah:

Sila masukkan nama dan email anda:


JOM SERTAI AFFILIATE (KLIK SINI)